Program Hari Bersama Komuniti Kampung Serasot
14 Jun 2015 | Aktiviti TerkiniPada 13 Jun 2015, Hari Komuniti bersama penduduk Kampung Serasot telah diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Serasot. Hari komuniti ini pertama kali diadakan di kampung serasot tujuan menggalakan perhubungan sesama komuniti dikalangan belia. Ia bukan sahaja dapat memupuk kerjasama di kalangan penduduk kampung, tetapi ia juga dapat dijadikan sebagai satu asas untuk mengeratkan perpaduan dan semangat bermasyarakat. Pertugas PI serasot juga turut menyertai program tersebut dan telah mengambil peluang tersebut dengan memberi sedikit talimat "Klik Dengan Bijak".
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: